Dua Dasawarsa

Kejora.
Dua dasawarsa berlalu sudah& ..
Masih setia gemilang di kayangan,
Mencurahkan nur kasihnya;
Beruntai dur tiada ternilai.
Turut menitis permata yang bergenang;
Telah melihat suka-duka yang bersulaman,
Telah mendengar tawa-tangis yang berterusan,
Tahu akan pengorbanan; maksud perjuangan!
Pernah sudah dipanah tohmahan.
Darah mengalir membawa seribu kemanisan,
Kerna dia tahu bertahan; erti kesabaran!
Keringat keramat menitis jasa;
Usaha tiada berputus asa.
Biar dicabar tiada gentar,
Berani menangung kerna benar.
Pantang berundur pabila bertempur.
Menunggang semangat keperwiraan,
Mengibarkan panji wawasan,
Berbekalkan hikmat iltizam.
Menggapai anugerah; merangkul falah!
Hati mengendang harapan suci,
Bahu memikul tugas murni,
Menjunjung sapta petala langit
Cita-cita bangsa yang telah bangkit.

Dua dasawarsa!
Namun dia tidak pernah
Melupai asal kejadiannya.
Dia masih melihat dan dia masih mendengar;
Dia masih berusaha demi kita semua.
Dua dasawarsa!
Terbuktilah benar,
Walau kelam samar,
Cahyanya tiadakan pudar.
Dua dasawarsa!
Sejuta kasih utusan kami.
Harapan moga dalam sanubari,
Utusan kekal termateri;
Kasih kami padamu yang kini
Sudah dua dasawarsa bergelar Perdana Menteri.

by Anthony Tan